11 September 2008

Beginilah Amal Jama'ie

Taat pada keputusan pemimpin

Alhakim mentakhrij dari Abdullah bin Buraidah, dia berkata, “Rasulullah SAW melantik Umr bin al-Ash menjadi komandan pasukan dalam perang Dzatus Salasil, yang di antara mereka juga ada Abu Bakar dan Umar. Ketika mereka tiba di tempat pertempuran, Amr memerintahkan agar mereka tidak menyalakan api sama sekali. Umar merasa tersinggung dan marah. Maka dia bermaksud hendak menemui Amr. Namun Abu Bakar melarangnya, dan menjelaskan kepadanya bahawa Rasulullah SAW melantik Amr sebagai komandan pasukan, kerana memang dia mahir dalam masalah peperangan”. Mendengar penjelasan Abu Bakar itu, Umar menjadi tenang.

Mahu mengalah

Urwah bin Zubair ra berkata, “Rasulullah SAW melantik AMr bin Al-Ash sebagai komandan satuan dalam perang Dzatus Salasil, yang harus masuk ke perbatasan Syam dari arah Bala. Sementara baginda memerintahkan Abdullah untuk menyusul pasukan di bawah komando Amr dari arah Qudha’ah. Melihat jumlah musuh yang terlalu banyak, Amr mengirim utusan pada Rasulullah untuk mengirim bala bantuan lagi. Maka baginda mengirim orang-orang Muhajirin yang ada di antara mereka Abu Bakar dan Umar. Baginda melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai komandannya. Ketika satuan pasukan ini berkumpul dengan pasukan Amr, maka Amr berkata, “Aku adalah komandan kalian ketika ini, kerana aku mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk meminta bantuan kalian”. Orang-orang muhajirin itu menyahut, “Bolehlah engkau menjadi komandan rakan-rakanmu. Tapi Abu Ubaidah tetap menjadi komandan orang-orang muhajirin”. Amr menyahut, “Kalian adalah bala bantuan yang aku minta”. Abu Ubaidah, orang yang dikenali lemah lembut segera meredakan keadaan yang mula memanas ini dengan berkata, “Wahai Amr, harap engkau ketahui bahawa pesanan terakhir yang disampaikan Rasulullah kepadaku ialah, “Jika engkau sudah bertemu rakanmu, maka hendaklah kalian saling patuh mematuhi. Kalau engkau memang tidak mahu patuh kepadaku, maka akulah yang akan patuh kepadamu”. Lalu Abu Ubaidah menyerahkan kepemimpinan kepada Amr.

Pemimpin harus ditaati

Anas ra berkata, “Seorang sahabt terdekat Rasulullah SAW melarang beberapa hal, seraya berkata, “Janganlah kalian mencaci pemimpin-pemimpin kalian, janganlah menyusahkan dan membangkang mereka. Bertakwalah kepada Allah keraa kemenangan itu sudah dekat”. (Al-Kanzu 3/168)

Menjaga lidah dekat pemimpin

Ashim bin Muhammad berkata, “Ada seorang lelaki berkata kepada Ibnu Umar, “Kami pernah menghadap pemimpin kami, lalu kami sepakat untuk mengatakan sesuatu yang berbeza jika kami tidak lagi di hadapannya”. Ibnu Umar berkata, “Kami menganggap yang demikian itu termasuk kemunafikan.

Berkata yang benar di hadapan pemimpin

Ibrahim bin Atha berkata bahawa ayahnya pernah berkata, “Ziyad atau Ibnu Ziyad pernah mengutus Imran bin Hushain ra untuk mengumpulkan zakat dan sedekah. Setelah urusan selesai, dia kembali tanpa membawa sedikitpun. “Mana harta yang engkau kumpulkan?”, Tanya Ziyad. “Untuk harta itukah kau mengutusku?” Imran bertanya semula. Lalu dia berkata, “Kami mengambil harta itu seperti yang kami lakukan pada zaman Rasulullah SAW, dan kami menyalurkannya seperti yang kami lakukan pada zaman baginda”.

11 August 2008

Jangan remehkannya.....

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wallahu 'alam

07 August 2008

10 Wasiat Imam Syafie

10 Wasiat Imam Syafie sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Renung-renungkan lah...

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUTI
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIRI
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.WI
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTI
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wallahu 'alam